SUDUT PANDANG IMAM AL-NAWAWI DALAM HAL TANGGUNGJAWAB MENYANTUNI KELUARGA BERDASARKAN HADITH SAHIH MUSLIM

Authors

  • Muhammad Yusry Affandy Md Isa Universiti Sains Islam Malaysia

Keywords:

imam al-nawawi, tanggungjawab, kesantunan, keluarga , hadith

Abstract

Imam al-Nawawi merupakan seorang tokoh ulama terkemuka dalam Mazhab Shafi’i. Ketokohan dalam lapangan hadith dapat dilihat menerusi kitab susunannya al-Minhaj bi Sharh Sahih Muslim bin Hajjaj. Kitab ini memuatkan huraian dan sudut pandang Imam al-Nawawi terhadap hadith-hadith sahih riwayat Imam Muslim. Kajian ini penting dalam usaha menganalisis fakta Imam al-Nawawi terhadap maksud hadith hasil janaan keilmuannya dalam pelbagai disiplin ilmu. Dengan mengamati hadith-hadith sahih dan perspektif yang benar, seseorang suami, isteri dan ahli keluarga akan beroleh pengetahuan dan sentiasa bersemangat menyempurnakan tanggungjawab dan menyantuni antara satu sama lain. Objektif kajian ini ialah untuk mengenalpasti sudut pandang Imam al-Nawawi berkaitan tanggungjawab menyantuni keluarga berdasarkan kandungan kitab al-Minhaj bi Sharh Sahih Muslim bin Hajjaj. Seterusnya, kajian merumuskan tentang konsep tanggungjawab ahli-ahli keluarga. Kajian ini mengaplikasikan kaedah induktif bagi mendapatkan hadith-hadith berkaitan kesantunan keluarga dalam kitab al-Minhaj bi Sharh Sahih Muslim bin Hajjaj. Kaedah deskriptif pula dijalankan bagi menghuraikan dan merumuskan kenyataan Imam al-Nawawi berhubung konsep tanggungjawab menyantuni keluarga. Dapatan kajian menunjukkan Imam al-Nawawi telah meletakkan peranan utama kepada pihak suami sesuai dengan zahir hadith. Hukum hakam fiqh sering dimasukkan dalam perbincangan. Hadith-hadith bukan sahaja mengandungi seruan agar kepimpinan keluarga menyempurnakan keperluan makan minum, pakaian, tempat tinggal dan kasih sayang bahkan juga menyeru agar setiap ahli keluarga termasuk anak-anak mengamalkan agama untuk tujuan kesejahteraan di akhirat.

Downloads

Published

12/21/2022

How to Cite

Md Isa, M. Y. A. (2022). SUDUT PANDANG IMAM AL-NAWAWI DALAM HAL TANGGUNGJAWAB MENYANTUNI KELUARGA BERDASARKAN HADITH SAHIH MUSLIM. International Prophetic Conference (SWAN) FPQS USIM, (8th), 29–44. Retrieved from https://swanfpqs.usim.edu.my/index.php/conference/article/view/7

Issue

Section

Articles