ANALISIS TEMATIK PERANAN IBU TERHADAP PEMBENTUKAN SPIRITUAL ANAK BERDASARKAN HADIS SAHIH AL-BUKHARI

Authors

  • Mawaddah Abd Manan Universiti Sains Islam Malaysia
  • Norzulaili Mohd Ghazali Universiti Sains Islam Malaysia
  • Zulhilmi Mohamed Nor Universiti Sains Islam Malaysia
  • Mohd Mohd Universiti Sains Islam Malaysia

Keywords:

hadis, peranan ibu, pembentukan, spiritual anak

Abstract

Pembentukan spiritual anak adalah dasar pembinaan jati diri yang perlu diterapkan ketika anak masih kecil. Kemasukan unsur luar disebabkan ketidakbatasan penggunaan internet pada hari ini menatijahkan masalah sosial dan keruntuhan akhlak dalam masyarakat. Hal ini berlaku kerana kerapuhan sahsiah diri dan penerapan spiritual yang lemah dalam kalangan ahli keluarga. Justeru, ia menjadi cabaran dan tanggungjawab kepada institusi kekeluargaan terutamanya ibu untuk memantapkan spiritual anak seperti yang diajarkan oleh Nabi SAW. Oleh itu, kajian yang akan dijalankan ini bertujuan untuk mengekstrak hadis daripada Sahih al-Bukhari berkaitan peranan ibu dalam membentuk spiritual terhadap anak dan menjelaskan temanya berdasarkan pemahaman hadis. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan kaedah analisis tematik induktif.  Bagi tujuan pengekstrakan hadis, kajian ini menggunakan Teori Medan Makna (SFT) bagi perkataan mar’ah. Hadis-hadis yang terpilih akan ditakhrij untuk melihat maksud hadis dalam skop yang lebih luas. Hasil kajian menunjukkan bahawa ibu berperanan melakukan penyerahan dan kepercayaan, menyemai akidah serta melatih anak melakukan ibadah. Tuntasnya, pembentukan spiritual dalam diri anak-anak berpandukan hadis Nabi SAW dapat memantapkan jiwa anak seterusnya menjadikan mereka insan yang bertakwa dan memiliki jati diri.

Downloads

Published

12/21/2022

How to Cite

Abd Manan, M., Mohd Ghazali, N., Mohamed Nor, Z., & Mohd, M. (2022). ANALISIS TEMATIK PERANAN IBU TERHADAP PEMBENTUKAN SPIRITUAL ANAK BERDASARKAN HADIS SAHIH AL-BUKHARI. International Prophetic Conference (SWAN) FPQS USIM, (8th), 177–190. Retrieved from https://swanfpqs.usim.edu.my/index.php/conference/article/view/19

Issue

Section

Articles

Similar Articles

<< < 1 2 3 4 5 6 7 > >> 

You may also start an advanced similarity search for this article.