MUKHANNATH DAN HUBUNG KAITNYA DENGAN TRANSGENDER MENURUT AL-QURAN DAN AL-SUNNAH

Authors

  • Nur Fatin Halil Universiti Sains Islam Malaysia
  • Irwan Mohd Subri Universiti Sains Islam Malaysia
  • Mohd Nasir Abdul Majid Universiti Sains Islam Malaysia
  • Rafidah Hanim Mokhtar Universiti Sains Islam Malaysia
  • Mohd Izwan Md Yusof Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
  • Umi Adzlin Silim Hospital Serdang

Keywords:

mukhannath, transgender, al-Quran, al-sunnah, pendekatan nabawi

Abstract

Fenomena peningkatan transgender di Malaysia atau dikenali dengan gelaran ‘mak nyah’ semakin membimbangkan. Terminologi ‘transgender’ mungkin tiada dalam Al-Quran dan masih belum wujud pada zaman Rasulullah, namun isu dan permasalahan tentang mukhannath telah mula dibincangkan pada zaman tersebut. Mukhannath merupakan perkataan Bahasa Arab yang berasal daripada kata akar ‘kha na tha’ yang bermaksud lembut. Menurut istilah, mukhannath bermaksud lelaki yang berperwatakan wanita dan definisi ini mengandungi persoalan adakah ia mempunyai perkaitan dengan golongan transgender pada hari ini. Kertas kerja ini bertujuan untuk mengkaji definisi mukhannath daripada perspektif Al-Quran dan Al-Sunnah serta menentukan sama ada transgender termasuk dalam pentakrifan mukhannath. Kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan kaedah penelitian teks atau dokumen. Penyelidik melakukan penelitian terhadap ayat-ayat Al-Quran dan pentafsirannya serta hadis-hadis yang mengandungi perbincangan tentang mukhannath. Kajian mendapati perkataan mukhannath tidak disebut secara langsung dalam Al-Quran, namun ia disebut dengan jelas dalam beberapa hadis Nabi SAW. Kefahaman yang tuntas tentang mukhannath melalui Al-Quran dan Al-Sunnah dapat menerangkan tentang status dan kedudukan golongan transgender menurut Islam serta pendekatan nabawi dalam berhadapan dengan golongan ini.

Downloads

Published

12/21/2022

How to Cite

Halil, N. F., Mohd Subri, I., Abdul Majid, M. N., Mokhtar, R. H., Md Yusof, M. I., & Silim, U. A. (2022). MUKHANNATH DAN HUBUNG KAITNYA DENGAN TRANSGENDER MENURUT AL-QURAN DAN AL-SUNNAH. International Prophetic Conference (SWAN) FPQS USIM, (8th), 200–209. Retrieved from https://swanfpqs.usim.edu.my/index.php/conference/article/view/21

Issue

Section

Articles