TAFSIR NABAWI: KAJIAN ANALISIS TERHADAP KITAB TAFSIR AL-QURAN (SURAH AL-BAQARAH) DARIPADA KITAB SAHIH AL-BUKHARI

Authors

  • Muhammad Lukman Mat Sin Kolej Universiti Islam Perlis
  • Khalilullah Amin Ahmad Kolej Universiti Islam Perlis

Keywords:

tafsir nabawi, kitab tafsir al-quran, surah al-baqarah, kitab sahih al-bukhari

Abstract

Keseluruhan Sunnah sama ada qauli, fi’li atau taqriri merupakan penjelasan dan sumber utama dalam pentafsiran al-Quran. Pentafsiran al-Quran dengan Sunnah pula boleh dibahagikan kepada pentafsiran secara langsung dan tidak langsung. Pentafsiran al-Quran secara langsung juga dikenali dengan tafsir Nabawi. Pengkaji mengkaji tiga aspek yang akan menjelaskan pemahaman terhadap tafsir Nabawi, iaitu pendefinisian, jenis-jenis dan bentuk pentafsirannya. Berdasarkan pemahaman tersebut, pengkaji melakukan analisis terhadap Kitab Tafsir al-Quran daripada Kitab Sahih al-Bukhari. Batasan kajian yang dipilih ialah riwayat hadith tafsir surah al-Baqarah yang terdiri daripada tujuh puluh satu hadith. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif yang melibatkan teknik pengumpulan data kepustakaan bagi mengenal pasti aspek-aspek penting bagi tafsir Nabawi dan metode kajian analisis kandungan terhadap riwayat-riwayat tafsir yang telah dipilih daripada kitab Sahih al-Bukhari. Dapatan kajian menunjukkan fungsi dan peranan Sunnah dalam pentafsiran al-Quran di samping menonjolkan kepentingan Kitab Sahih al-Bukhari sebagai salah satu rujukan utama bagi Tafsir Nabawi.

Downloads

Published

12/21/2022

How to Cite

Mat Sin, M. L., & Ahmad, K. A. (2022). TAFSIR NABAWI: KAJIAN ANALISIS TERHADAP KITAB TAFSIR AL-QURAN (SURAH AL-BAQARAH) DARIPADA KITAB SAHIH AL-BUKHARI. International Prophetic Conference (SWAN) FPQS USIM, (8th), 410–421. Retrieved from https://swanfpqs.usim.edu.my/index.php/conference/article/view/40

Issue

Section

Articles