KESESUAIAN PENGELUARAN FATWA MENGENAI KEWAJIPAN MEMELIHARA KESELAMATAN DI JALAN RAYA
Keywords:
keselamatan jalan raya, fatwa, pandangan muftiAbstract
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui pandangan para otoriti agama di Malaysia berkenaan kesesuaian pengeluaran fatwa mengenai kewajipan memelihara keselamatan di jalan raya. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan metode kualitatif secara deskriptif, iaitu dengan menemubual mufti-mufti negeri dan wilayah di seluruh Malaysia. Hasil kajian mendapati bahawa kesemua para mufti bersetuju agar fatwa dikeluarkan mengenai perkara ini, sama ada berbentuk fatwa yang digazetkan atau pandangan hukum. Dengan adanya fatwa ini, ia dilihat mempunyai potensi dan berkemampuan untuk mengurangkan kadar kemalangan, kecederaan dan kematian akibat nahas jalan raya, terutama dikalangan orang-orang yang berpegang dan beramal dengan ajaran Islam di negara ini. Selain itu, pihak jabatan-jabatan mufti juga menyatakan kesediaan untuk memberi sokongan, bantuan dan kerjasama dengan agensi berkaitan seperti Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan pemegang taruh lainnya didalam usaha meningkatkan tahap keselamatan jalan raya di Malaysia. Hasil kajian boleh dijadikan asas untuk penyediaan dan penggubalan kertas kerja cadangan pengeluaran fatwa berkenaan kepentingan keselamatan jalan raya di Malaysia dalam masa terdekat.