FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI KRITIKAN RIWAYAT SIRAH: SATU KAJIAN TERHADAP NŪR AL-DĪN AL- ḤALABĪ DALAM KARYANYA AL-SĪRAH AL- ḤALABIYYAH

Authors

  • Ahmad Salahuddin M Azizan Universiti Sains Islam Malaysia
  • Zulhilmi Mohamed Nor Universiti Sains Islam Malaysia
  • Muhammad Akmalludin Mohd Hamdan Universiti Sains Islam Malaysia

Keywords:

kritikan (naqad) riwayat sirah, nur al-din al-halabi, al-sirah al-halabiyyah

Abstract

Kritikan (naqad) ke atas riwayat hadis merupakan salah satu cara untuk mengenal pasti keabsahan sesebuah hadis. Kaedah ini juga telah diguna pakai dalam riwayat sirah yang dihimpunkan oleh para ulama dalam karya al-Sīrah al-Nabawiyyah. Melalui penelitian yang dilakukan terhadap karya ini, didapati bahawa para ulama mengkritik sebahagian riwayat sirah berdasarkan dua aspek utama dalam bidang hadis, iaitu aspek sanad dan matan. Meskipun begitu, sebahagian pengarang al-Sīrah al-Nabawiyyah kelihatan dipengaruhi oleh beberapa faktor yang memberi impak terhadap kaedah kritikan (naqad) mereka. Justeru, artikel ini merupakan satu kajian analisis faktor yang mempengaruhi para ulama dalam kritikan (naqad) mereka terhadap riwayat sirah, dengan menjadikan Nur al-Dīn al-Ḥalabī sebagai sampel kajian melalui karyanya al-Sīrah al-alabiyyah. Pendekatan metode kualitatif melalui kaedah analisis perpustakaan digunakan untuk mengeluarkan faktor yang mempengaruhi Nūr al-Dīn al-Ḥalabī dalam kritikan (naqad) beliau ke atas riwayat sirah, serta menganalisis kritikan beliau berdasarkan kaedah Takhrīj al-adīth dan al-ukm ʿAlā al-Riwāyah yang muktabar di sisi ulama hadis. Hasil kajian menunjukkan bahawa Nūr al-Dīn al-Ḥalabī dipengaruhi oleh tiga (3) faktor utama dalam kritikan (naqad) beliau dalam riwayat sirah iaitu, kecenderungan beliau terhadap ideologi  Sufism, pengaruh mazhab al-Syāfiʿī, dan pengagungan bangsa Arab.

Downloads

Published

12/21/2022

How to Cite

M Azizan, A. S., Mohamed Nor, Z., & Mohd Hamdan, M. A. (2022). FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI KRITIKAN RIWAYAT SIRAH: SATU KAJIAN TERHADAP NŪR AL-DĪN AL- ḤALABĪ DALAM KARYANYA AL-SĪRAH AL- ḤALABIYYAH. International Prophetic Conference (SWAN) FPQS USIM, (8th), 123–135. Retrieved from https://swanfpqs.usim.edu.my/index.php/conference/article/view/15

Issue

Section

Articles