ANALISIS TEKS HADITH SAINTIFIK DALAM MODUL SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM, POLITEKNIK PORT DICKSON

Authors

  • Ribhan Ibrahim Politeknik Port Dickson

Keywords:

hadith, modul sains teknologi dan kejuruteraan, politeknik port dickson

Abstract

Modul Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam merupakan sebuah modul pembelajaran Islam di Politeknik Port Dickson yang menerapkan nas al-Quran, hadith dan fakta saintifik. Modul yang ditawarkan kepada pelajar semester 2 Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan Awam dan pelajar semester 5 Jabatan Kejuruteraan Elektrik ini telah memuatkan sebuah tajuk khas; Wahyu Sebagai Sumber Dalam Sains Teknologi dan Kejuruteraan. Objektif kajian ialah untuk menganalisis empat buah hadith utama dalam aspek takhrij hadith dan menampilkan syarah hadith yang dapat dihubungkan dengan fakta sains. Kajian ini penting bagi mengenalpasti keabsahan hadith dan mendapatkan syarah hadith untuk membantu pemantapan modul. Kaedah kajian ini mengaplikasikan kaedah induktif bagi mendapatkan teks hadith utama. Kaedah deskriptif pula dijalankan bagi menghuraikan hadith dalam aspek takhrij dan mengemukakan syarah hadith daripada sumber muktabar. Dapatan kajian menunjukkan tiada status hadith dan syarah hadith yang lengkap dalam modul. Hadith tertumpu pada terjemahan dan belum menerapkan disiplin penulisan hadith biarpun hadith sedia dikaitkan dengan perbincangan saintifik. Rumusan terpenting, hadith-hadith yang digunakan adalah bersesuaian di peringkat pengajian bukan pengajian Islam tulen. Namun untuk menonjolkan keunggulan pembelajaran hadith, status hadith dan syarah hadith perlu dimasukkan. Ini untuk memperlihatkan jalinan pembelajaran naqli dan ’aqli yang lebih mantap.

Downloads

Published

12/21/2022

How to Cite

Ibrahim, R. (2022). ANALISIS TEKS HADITH SAINTIFIK DALAM MODUL SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM, POLITEKNIK PORT DICKSON. International Prophetic Conference (SWAN) FPQS USIM, (8th), 101–112. Retrieved from https://swanfpqs.usim.edu.my/index.php/conference/article/view/13

Issue

Section

Articles

Similar Articles

<< < 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 > >> 

You may also start an advanced similarity search for this article.