HADITH MAWDU’ DALAM KITAB BUGHYAH AL-TULLAB KARANGAN SHEIKH DAUD AL-FATANI (JUZUK 1): SATU KAJIAN SEMULA

Authors

  • Mohd Zohdi Mohd Amin Universiti Sains Islam Malaysia
  • A. Irwan Santeri Doll Kawaid Universiti Sains Islam Malaysia

Keywords:

hadith mawdu', hadis palsu, bughyah al-tullab, daud al-fatani, kajian hadis

Abstract

Mutakhir ini terdapat kajian dijalankan bagi menyemak status hadis di dalam kitab jawi atau kitab kuning karangan para ulama di alam Melayu. Sebahagian kajian mendakwa terdapatnya hadis mawdu’ di dalam kitab berkenaan. Dakwaan ini secara tidak langsung menjejaskan reputasi ulama tersebut di mata masyarakat. Walaupun begitu, terdapat dakwaan berkenaan tersasar dari kebenaran apabila gagal menerapkan sepenuhnya disiplin ilmu hadis yang diakui oleh para ulama. Sehubung itu, kertas kerja ini akan mengetengahkan aspek kesilapan yang berlaku melalui kajian terhadap tiga hadis yang dihukum sebagai palsu oleh Itsama-e Nawae, di dalam tesis Siswazah tajuk “Hadith-Hadith dalam Bughyah al-Tullab Karangan Sheikh Daud al-Fatani (Juzuk 1): Takhrij dan Analisis”. Kajian menerapkan metode analisis secara deduktif dan induktif serta perbandingan. Penentuan hukum hadis pula berdasarkan kaedah takhrij hadis serta ilmu hadis yang disepakati oleh para ulama hadis. Kajian mendapati bahawa kewujudan perawi hadis berstatus pendusta di dalam sanad hadis tidak memadai untuk dijadikan hujah dalam menghukum hadis berkenaan sebagai hadis palsu. Bahkan perlu disertakan dengan petunjuk yang jelas menunjukkan bahawa hadis tersebut adalah suatu rekaan dan palsu. Kajian mendapati bahawa ketiga-tiga hadis yang dihukum palsu tersebut sewajarnya dihukum sebagai hadis da’if atau tersangat da’if dan bukannya hadis palsu kerana tidak dibuktikan mempunyai petunjuk yang jelas bahawa ianya palsu.

Downloads

Published

12/21/2022

How to Cite

Mohd Amin, M. Z., & Doll Kawaid, A. I. S. (2022). HADITH MAWDU’ DALAM KITAB BUGHYAH AL-TULLAB KARANGAN SHEIKH DAUD AL-FATANI (JUZUK 1): SATU KAJIAN SEMULA. International Prophetic Conference (SWAN) FPQS USIM, (8th), 446–454. Retrieved from https://swanfpqs.usim.edu.my/index.php/conference/article/view/43

Issue

Section

Articles

Similar Articles

<< < 3 4 5 6 7 8 9 10 11 > >> 

You may also start an advanced similarity search for this article.