CIRI-CIRI PEMIMPIN MENURUT PERSPEKTIF SUNNAH : ANALISIS TEMA DALAM HADIS

Authors

  • Siti Syahira Ramli Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah
  • Anuar Suhaimi Anuar Suhaimi Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah
  • Siti Nora’Aeshah Zakaria Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah

Keywords:

pemimpin, analisis hadis, pengumpulan hadis, hadis pemimpin

Abstract

Sebuah negara yang harmoni, damai, dan sejahtera biasanya wujud apabila negaranya dipimpin oleh barisan pemimpin yang jujur dan telus. Selain itu, pemimpin yang berani membuat keputusan dan bertanggungjawab juga merupakan faktor kepada kelestarian pembangunan negara. Oleh sebab itu, perletakan jawatan sebagai Perdana Menteri Korea Selatan Chung Hong Won, kerana 300 orang rakyatnya terkorban dan hilang di dalam insiden feri karam pada tahun 2014 yang lalu dianggap sebagai tindakan yang bertanggungjawab oleh rakyatnya. Ini kerana beliau telah melepaskan jawatan tersebut dan berusaha untuk memikul semua beban kritikan dan usaha menyelamatkan rakyat ke atas dirinya.   Namun realitinya, nilai-nilai berikut bukanlah satu perkara yang mudah untuk kita dapati dalam diri seorang pemimpin hari ini. Dunia telah menyaksikan ramai pemimpin negara yang tidak berlaku adil dan tidak telus dalam mengurus negara. Misalnya pada tahun 2019, tiga buah negara Asian tercatat antara negara yang berada di tangga tertinggi dalam Indeksi Persepsi Rasuah. Pada tahun 2020, Dr. Muhammad Presiden Transparency International Malaysia (TI-M) melaporkan negara Malaysia berada di tangga ke 57 dalam Indeks Persepsi Rasuah. Bagaimana Indeks Persepsi Rasuah ini begitu tinggi sedangkan kebanyakan pemimpin di negara ini beragama Islam. Sehubungan dengan itu, kajian ini dilakukan adalah untuk melihat ciri-ciri pemimpin yang telah dibahas menurut sunnah untuk dijadikan panduan kepada orang awam dalam memilih pemimpin. Kajian ini dijalankan menggunakan reka bentuk kualitatif dan metode pengumpulan datanya adalah analisis kandungan dokumen. Penulis telah mengumpul hadis-hadis yang menyebut tentang ciri pemimpin. Setelah menganalis, pengkaji telah mendapati terdapat sembilan ciri pemimpin yang digariskan oleh sunnah iaitu seorang pemimpin mestilah muslim, berlaku adil, amanah, bersikap lemah lembut, sentiasa memudahkan urusan rakyat, melayani karenah rakyat, bersikap pemurah, tidak mengambil rasuah dan sentiasa berkhidmat untuk masyarakat.

Downloads

Published

12/21/2022

How to Cite

Ramli, S. S., Anuar Suhaimi, A. S., & Zakaria, S. N. (2022). CIRI-CIRI PEMIMPIN MENURUT PERSPEKTIF SUNNAH : ANALISIS TEMA DALAM HADIS. International Prophetic Conference (SWAN) FPQS USIM, (8th), 191–199. Retrieved from https://swanfpqs.usim.edu.my/index.php/conference/article/view/20

Issue

Section

Articles

Similar Articles

<< < 2 3 4 5 6 7 8 > >> 

You may also start an advanced similarity search for this article.